Bank Islam Malaysia Berhad memperkenalkan platform perbankan digital baharu yang dinamakan BIMB Mobile dan BIMB Web pada 21 November 2024. Ia menggantikan aplikasi lama, Go by Bank Islam, yang sering dikritik kerana masalah kelajuan dan prestasi.
Aplikasi baharu ini direka bagi memenuhi keperluan pengguna moden dengan skala penggunaan lebih besar, keupayaan yang diperluas, dan kestabilan lebih tinggi. Bank Islam turut menekankan penambahbaikan dari aspek keselamatan, ciri-ciri yang lebih peribadi dengan rekaan paparan moden.
Ciri-Ciri Utama BIMB Mobile & BIMB Web
-
Akses Mudah & Mesra Pengguna
- Pengurusan akaun, simpanan, pinjaman, dan kad dengan lebih lancar.
- Termasuk fungsi DuitNow untuk memudahkan pembayaran dalam talian.
- Kawalan transaksi sepenuhnya kepada pelanggan tanpa batasan waktu atau lokasi.
- Ciri-ciri keselamatan ditambah baik dan dipertingkatkan.
-
Muat Naik App
- Sesuai untuk pengguna Android 10 dan ke atas, iOS 13, serta Huawei mobile.
-
Fungsi Sokongan
- Menyokong untuk membuka akaun.
- Menyokong urusan pembayaran zakat dengan mudah.
Aplikasi lama akan dihentikan sepenuhnya menjelang November 2025, bagi memberikan laluan kepada pengguna beralih ke platform baharu.